Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

AMMAR PAS KENA INJECT

xde apa yg nak dicite untuk harini, semalam g bawak ammar check-up 1 tahun di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. semalam amek cuti dgn husband semata2 nk bwk ammar klinik dan pastu g celebrate kt Secret Recipes.

Berat sekarang - 8.56kg
Tinggi - (lupa lak)


Rabu, 30 Januari 2013

SAMBUTAN HARI JADI 1 TAHUN AMMAR - part 2

Semalam 29 Januari 2013 harijadi muhammad ammar putra ke-1 tahun.sekejap je da besau anak ibu ni,rasa mcm baru je lepas bersalin kn ammar.skrg ni ammar da pandai jalan,gigi pun da banyak tu yg asyik nk mengigit owg je..

Hari sabtu 26 januari 2013 kitaorg wt majlis hari jadi ammar dekat rumah mak,kitaorg blik melaka hari khamis ptg tu.beli segala barang persiapan dekat melaka,sbb murah dan senang nk cari.

Jom tgok gambar2 yg sempat aku snap..

kek yg disponser oleh makngahnye & coklat yg dibuat oleh ibunye





sibuk nk bukak hadiah; hadiah dari ibu&papa; 10 helai baju yg diberi oleh sepupu2 ku



k..babai

MY LOVELY SON BIRTHDAY - part 1


Lamanye xupdate blog,tp apa2 pun semalam adalah hari jadi anak kesayangan ku genap 1tahun, ibu harap anak ibu akan lebih sihat sejahtera, dan membesar dgn lebih aktif lg.jadi anak yg soleh..amin


Selasa, 22 Januari 2013

PERKONGSIAN - GANJARAN SEORANG ISTERI DISISI ALLAH

Petang-petang ni saya nk berkongsi apa yang saya telah baca pg tadi.Mudah-mudahan kita menjadi isteri yang solehah disisi ALLAH

Petikan : Sumber Internet

Alangkah indahnya seorang isteri..
Beruntunglah seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan, jadi kilang manusia...
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh;
1 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang;
Tetapi allah anggap dowaktu itu sembahyang terbaik darinya;
Cuti bersalin juga hingga 90 hari;
Cuti itu bukan cuti suka hati;
Tetapi cuti yang allah beri sebab dia bekerja dengan ALLAH;
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang;
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita;
Sepanjang mengandung, ALLAH sentiasa mengampunkan dosanya;
Lahir sahaja bayi seluruh dosanya habis;
Inilah nikmat tuhan beri kepada wanita;
JADI KENAPA PERLU TAKUT NAK BERANAK?

Marilah kita pegang kepada tali ALLAH;
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin;
Itu dianggap mati syahid, ALLAH izinkan terus masuk syurga tapi;
ALLAH beri kelonggaran seksa kubur;
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami;
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala;
Tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat;
Dengan pahala ekstra yang banyak dia terima;
Di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari;
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid;
atau ke majlis ilmu, bersedekah;
..ganjaran ALLAH ke atasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat;
Dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya;
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suaminya untuk lepas masuk syurga;
Di Dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat kelak;
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami;
Dia tak akan dapat pahala ekstra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah;
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak didik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain...

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat ALLAH agar tidak derhaka denganNYA..

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki;
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki;
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki);
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk DISAYANGI..

MY NAME IS MUHAMMAD AMMAR PUTRA

Tajuk xtahan kn,mcm da pandai bercakap lak.nk berkongsi gambar si budak ammar ni bile dok dalam kereta dan kat rumah..jom layannn

tulh die ammar yang dok dlm kereta

MINUM PETANG DI BIG APPLE

Selamat pagi,alhamdulillah da hari selasa.tinggal sok je keje sebab khamis cuti umum menyambut Maulidur Rasul dan sambunglh bercuti jumaat,sabtu,ahad dan isnin sebab Hari Thaipussam yang jatuh hari ahad dianjakkan ke isnin.Hari selasa,rabu,khamis keje semula dan jumaat cuti semula lg sebab saya dok PUTRAJAYA jd menyambut Hari WP Putrajaya/KL/Labuan..syoknye asyik cuti je ni.

Panjang lak mukadimah pg2 ni,da lari dari tajuk ni..ok la ni cite dan gambar hari ahad ptg kitaorg anak beranak xwt apa2 kt rumah jd pegilh minum2 dan bersantai di Alamanda,Putrajaya.

kitaorg 3beranak bersantai di BIG APPLE

budak ni mmg xbole dipegang lg,klau bole nk dok sendiri




last2 ha dok la sendiri di kerusi tu

Ni jelh aktiviti kami hari ahad,kitaorg mmg akan bersantai bersama jika ada kelapangan.semua itu untuk mengeratkan lagi perhubungan kami sekeluarga.anak adalah segalanye bagi kami termasuk sesiapa saje yg memiliki anak kn..

Isnin, 21 Januari 2013

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Dah petang rupanye,rasa mcm baru je cuti hujung minggu.pg xsempt nk bukak blog,jd da sampai petang baru nk upload aktivit hujung minggu ni.

xde apa yang best sangat pun,cuma sambung projek membuat coklat haritu.akhirnye terhasil jugak coklat dari hasil tangan ku sendiri,xpyh nk beli2 kt luar tu.

lihatlh apa yang terhasil.........


mula2 kenalh didihkan air untuk mencairkn coklatnye,die ada teknik yg betul untuk mencairkan coklat.bukan main tibai je ye,nnt rosak coklat

tp teknik tu xde gambar la ye..



ini coklat yang telah siap diracik-racik supaya senang nk cair
dan ini bahan-bahannye..
v
v
v
v
v
hasilnye
v
v
v
50 btg yang dapat dihasilkan dlm 1hari..alhamdulillah usaha telah berjaya

saya budak baru belajar jd berusaha la dari bawah

akhirnye ammar kepenatan..

semua ni untuk majlis harijadi anak saya,bole la dijadikan gift nnt.