Halaman

Selasa, 22 Januari 2013

PERKONGSIAN - GANJARAN SEORANG ISTERI DISISI ALLAH

Petang-petang ni saya nk berkongsi apa yang saya telah baca pg tadi.Mudah-mudahan kita menjadi isteri yang solehah disisi ALLAH

Petikan : Sumber Internet

Alangkah indahnya seorang isteri..
Beruntunglah seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan, jadi kilang manusia...
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh;
1 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang;
Tetapi allah anggap dowaktu itu sembahyang terbaik darinya;
Cuti bersalin juga hingga 90 hari;
Cuti itu bukan cuti suka hati;
Tetapi cuti yang allah beri sebab dia bekerja dengan ALLAH;
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang;
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita;
Sepanjang mengandung, ALLAH sentiasa mengampunkan dosanya;
Lahir sahaja bayi seluruh dosanya habis;
Inilah nikmat tuhan beri kepada wanita;
JADI KENAPA PERLU TAKUT NAK BERANAK?

Marilah kita pegang kepada tali ALLAH;
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin;
Itu dianggap mati syahid, ALLAH izinkan terus masuk syurga tapi;
ALLAH beri kelonggaran seksa kubur;
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami;
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala;
Tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat;
Dengan pahala ekstra yang banyak dia terima;
Di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari;
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid;
atau ke majlis ilmu, bersedekah;
..ganjaran ALLAH ke atasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat;
Dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya;
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suaminya untuk lepas masuk syurga;
Di Dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat kelak;
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami;
Dia tak akan dapat pahala ekstra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah;
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak didik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain...

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat ALLAH agar tidak derhaka denganNYA..

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki;
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki;
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki);
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk DISAYANGI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan